Followers

Sunday 9 September 2012

Shah Alam

Assalamualaikum

Pada mulanya perasaan bercampur baur kejap nak buat coretan kejap tak nak buat lah, entah apa-apa ok. Akhirnya ida gagahkan diri dan paksa diri untuk tulis coretan manis ini kerana rasanya macam selamat jika ida simpan memori manis ida dalam blog ini, nanti boleh baca balik bila dah tua bangka nanti hehe :)

Rasanya tahap kemalasan menaip ida semakin menebal hari ke hari, jadi apa kata ida letak jew gambar biar kan sahaja gambar yang bercerita pada korang ye :)


Ok lah ida kesian kan korang tengok gambar tanpa tahu apa jadi, meh ida cerita kan sikit apa yang berlaku ye. Ida gerak pergi shah alam untuk beraya umah dayang bersama nadia dan mas, sesampai kami di rumah dayang terhidang ye makanan yang super banyak atas meja makan. Jadi apa lagi kan perut masing-masing dah menyanyi kelaparan jadi kita makan makanan yang disediakan itu sambil tu pot pet pot pet lah kan biasalah rakan lama bila sudah lama tidak bersua muka. Selesai makan terus pergi TF (Tutti frutti) di mana tempat dayang bekerja sementara sebelum sambung degree. Yang serononknya dayang belanja tutti frutti, kali pertama ida makan terima kasih dayang <3. Kemudian pusing-pusing dalam mall sampai bosan.



sekarang kira bahagian dua ye, ini kami semua gerak pergi sunway setelah mendapat kebenaran untuk berjimba-jimba bersama oleh ayah dan mak dayang hehe. Mas terpaksa undur diri bersama kekasih hatinya pergi beraya, jadi tinggal kami bertiga jew lah ida, nadia dan dayang. Pusing-pusing dalam sunway, akhirnya kami mengalah lalu lepak dekat chattime untuk minum dan masa untuk bergambar hehe :) , dalam kol 7 lebih kami gerak dari sunway untuk ke stesen ktm. Pulang kami semua di rumah masing-masing., sesungguhnya walaupun penat tapi ida gembira kita dapat juga melepaskan rindu untuk keluar bersama-sama.

sahabat aku cinta kamu semua sampai mati.!

Assalamualaikum
Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

No comments: