Followers

Friday 13 July 2012

Speaking Test

Assalamualaikum.

Siapa suka study last minute?? saya2 haha ida lah orang pertama nak mengaku yang ida memang suka study last minute nie, sifat ini macam dah sebati dengan ida sejak zaman belajar kat dungun lagi. Tapi tak ada lah study last minute sangat dalam 2-3 hari nak periksa ida baca juga lah sikit-sikit. Kalau ida baca dua minggu awal  rasanya masuk dewan periksa langsung satu apa aku tak ley jawab lah sebab dah lupa lorh hehe..ingatan ida bukan kuat sangat jadi mungkin sebab itu juga ida suka study last minute.

Nak cerita ini hari itu 10/7/2012 ida ambil MUET (Speaking Test) , Ala speaking tak tahu nak ulangkaji apa lah dan lagi ida kerja, sumpah balik kerja cuma ada mood untuk makan, online dan tidur jew. Mood ulangkaji  kosong peratus lah yang ada hehe. Jadi ida memang dah rancang nak cuti 9/7 dan 10/7, (Isnin) 9/10 nak buat ulangkaji lah sikit untuk persediaan speaking test tu.

Eh ida study taw walaupun di masa-masa akhir, ala sebenarnya ujian bercakap nie bukan boleh nak ulangkaji kita cuma perlu tahu maklumat-maklumat yang terkini dan tengok soalan muet lepas yang pernah keluar dan kemudian fokus pada tips untuk skor markah kat Task A dan Task B.

Ida selitkan sedikit gambar di mana telah berlakunya ulangkaji di saat-saat terakhir.


Kita kosong kan no ic dan alamat rumah.




Keadaan di mana ulangkaji telah berlaku, nampak laptop on tapi tak pasang fb dan twitter pun taw haha kejap jew tu.


Soalan tahun lepas, kemudian tangan telah rajin menconteng-conteng idea lah konon.



10/7 (Selasa), gerak pergi sekolah tempat periksa muet tu dalam pukul 7 suku macam tu, mak hantar sampai bilik menunggu dan tunggu dia panggil nombor kita untuk periksa ic no, nama dan tandatangan, kemudian ada pemeriksa bagi penerangan pasal proses speaking test tu. Ida adalah group pertama sekali yang buat test tu dengan 3 rakan lain, nervous tak payah cakap lah tapi seronok jadi orang pertama tak payah pening-pening tunggu dalam bilik menunggu tu dan balik pun cepat hehe. Alhmdulillah pukul 9 lebih ida dah selesai speaking test walaupun tak ada bagus mana pun ida masa speaking test tu, tapi ida lega ida dapat juga buat Task A dengan baik, walaupun Task B ida kurang tapi ida dah skor satu bahagian lah juga. Moga result muet ida baik-baik sahaja amin insyallah.

28/7/2012, nanti baru ujian seterusnya iaitu listening, reading and writing. Doakan ida yew, ida rasa itu jew nak kongsi dengan korang semua nanti jumpa di coretan lain pula yew =)

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.