Followers

Wednesday 29 May 2013

Pathetic

Assalamualaikum.

Aku benci perasaan pathetic ini........

Aku tersangat sakit dalaman kalau tidak aku tidak pathetic sebegini dan berperangai teruk.

mohon dengar apa sebenarnya hati dan diri ini perlukan.

mohon jangan nampakkan jurang rasa kasih sayang itu. sakit sangat rasa perbezaan itu.

mohon jangan layan macam aku ini sampah dan jahat sangat.

mohon dekati aku dengan cara lembut kerana hati aku mungkin nampak sekeras batu tetapi sebenarnya tidak.

mohon faham yang aku memang malas tapi ada caranya untuk buat aku rajin. fikir

mohon cuba berada di tempat aku yang selalu disisihkan oleh orang dan sekarang aku lagi tersisih.

mohon faham keyakinan diri aku lemah.

mohon faham fikiran aku sangat kritikal dan aku juga penat mempunyai fikiran yang kritikal ini.

mohon faham aku punya emosi yang sangat tidak stabil.

mohon faham aku berusaha lebih daripada keupayaan ku untuk tidak mengecewakan dan menyusahkan.

mohon faham aku mungkin ada angin yang tidak menentu.

aku tak minta sebegini..
aku juga benci sebegini..
aku juga sakit sebegini..
aku juga derita sebegini..
aku nak keluar daripada rasa pathetic dan perangai teruk ini.


Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.