Followers

Friday 22 March 2013

Nasihat berguna

Assalamualaikum.

Ida di rumah Ya Allah rasa keseronokan yang berlipat ganda sesangat :) sampai je rumah terus tengok menu hari ini di rumah kemudian jatuh cinta sama menu mak masak hari ini hehe apa lagi bantai makan nasi sampai bertambah lah kan.

Entah apa angin yang datang tiba-tiba rasa nak sangat balik mingggu ini sedangkan kerja berlambak nak kena lunaskan, kena study untuk quiz lagi dan lain-lain tapi hati tetap tekad nak balik juga dan sekarang Ida di rumah :)

Oh ya berbalik pada tajuk utama ye, banyak sangat kata-kata yang disampaikah oleh pensyarah-pensyarah yang mengajar ida masa degree ini. Mereka tak putus-putus bagi kami OHB33C kata-kata semangat, nasihat, peringatan dan seangkatannya denganya.

Ini bukan kata-kata kosong yang diluahkan untuk menghabiskan air liur mereka tapi ini adalah bukti kasih sayang mereka terhadap kami dalam membantu kami mencapai kejayaan dan ini adalah yang dikatakan nasihat berguna untuk kami semua. Insyallah kami akan tanam dalam kepala otak dan hati kami dalam-dalam amin.

Manusia sentiasa perlukan peringatan, nasihat dan kata-kata semangat, kerana manusia selalu alpa dengan duniawi yang penuh dengan pengaruh yang pelbagai. Ia sebagai pembakar semangat kepada semua manusia pada mana semangat yang samar-samar atau makin pudar itu supaya pulih kepada sediakala.

Terima kasih yang tak terhingga.

sayang banyak-banyak sama pensyarah :)

Assalamualaikum



Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

Friday 8 March 2013

Jangkaan


Assalamualaikum..

sudah aku jangka begini dari mula lagi ketika aku membuat keputusan untuk bermula..

daripada dulu sehingga sekarang perkara ini tak akan pernah lari daripada diri aku..

kadang-kadang aku rasa mahu mengamuk sekali kerana perkara sebegini kerap sekali berlaku kepada diriku..

aku fedup..

tapi nak buat macam mana aku punya kelemahan yang tak disukai dan kerana itu perkara ini tak akan pernah tak terjadi dan akan sentiasa terjadi..

aku kena cuba kuat dan tabah hadapi ini semua..

aku kena usaha mana yang aku mampu buat..

aku tak nak jatuh rebah ke bawah kerana perkara ini serius aku tak nak..

aku nak tunjuk pada yang tinggalkan aku, yang walaupun aku lemah aku masih mampu berdiri tegak!

"dipinggirkan itu sakit"

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

Sunday 3 March 2013

Yang pertama



Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.