Followers

Wednesday 14 March 2012

Buta Hati

Assalamualaikum.

Maafkan ida jika ada yang tersinggung dengan perkataan yang ida gunakan pada entri ini, ida cuma ingin meluahkan rasa hati yang teramat marah ini.

Terdengar-dengar lagu Yuna yang berbunyi ini tidak adil bagi ku, ini tidak adil bagi ku, ini tidak adil bagi ku. Ok rasa boleh berhenti tulis tidak adil bagiku, ops ida tulis lagi maaf yew. Ok ida terima walau apa pun yang diberi tetapi hati manusia ida terdetik dan terasa sangat tidak adil dengan tingkah laku satu manusia ini. Apakah dia buta hati atau buta penglihatan dia? ah ida pun tak tahu apa yang dia buta, rasa nya dia buta kedua-duanya! sebab itu dia tidak dapat menilai dengan adil dan saksama.

Sejak zaman sekolah lagi ida bukan jenis yang suka bodek sana bodek sini untuk apa-apa pun, kalau dalam pelajaran ida akan berusaha sendiri sehingga berjaya. Buka macam sesetengah orang yang bodek sana sini untuk dpat perhatian dan disayangi sedangkan dia tak bawa faedah dan pandai pun. Kuiz atau test semasa di universiti ida ulangkaji sehingga separuh mati untuk dapat markah tinggi, niat di hati bukan nak berlagak tapi nak katakan yang ida bukan jenis kaki bodek dan akan berusaha untuk sesuatu yang ida nak.

Masa kerja pula, ida akan buat kerja bersungguh-sungguh kerana ida rasa itu ilmu ida. ida bukan kaki ponteng atau kaki nak berbual sangat, ada gak lah ida berbual tapi bila masa rehat dan masa ida terluang tak ada kerja nak dilakukan ida berbual lah tak kan tak boleh pula?  Niat  di hati tak nak conteng arang untuk orang tersayang dan nak buat kerja bersungguh-sungguh.

Lumrah manusia yang yang patut di hargai tidak di hargai tetapi yang tidak patut di hargai, di hargai pula. Ok apa ida cakap ini korang faham kan? buat-buat faham je lah yew =)

Kenapa kah manusia itu sungguh buta hati dan buta penglihatan.??

Ok tak pelah ida kena redha dan pasrah. Maaf ida marah-marah di entri ini kerana ketidakadilan di dalam dunia ini, membuatkan tangan ida memberontak untuk meluahkan rasa marah dan tidak puas hati atas ketidakadilan itu.

Yang pasti engkau buta hati.!

Assalmualaikum.
Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

2 comments:

hamzah ian said...

dunia ni mmg tak adil pun ida..

huhuhu

Ida Roslan said...

betul tu, terima ksh =).