Followers

Friday 5 April 2013

Nafsu Teknologi


Assalamualaikum

Di kala idea mencurah-curah terasa macam nak tulis 3 entri sekali gus hahaha dahsyat sungguh nafsu blog nie hehe. Janganlah marah ye da lama sangat tak menulis tiba-tiba rindu pula nak baca story line diri sendiri, sedangkan otak tak tahu mana nak bahagi nie sebab banyak sangat benda yang kena selesaikan untuk dua minggu sebelum cuti mid term nie dan masa pun terasa berlari jauh sampai tak terkejar. "tipu sekali" sedangkan ida yang berlari jauh daripada masa itu adalah.

Ke tajuk utama, makluman semua sesungguhnya hati ini menahan rasa hati dan segalanya apabila melihat manusia di sekeliling asyik bermain dengan benda yang dikatakan teknologi iaitu seperti "Iphone, BB, Noteey dan seangkatan dengannya." 

Nafsu Teknologi yang membuak-buak.

Di mana semua orang akan begitu asyik dengan benda teknologi itu sehingga dalam waktu kuliah pun tunduk dan guna, sebelum kuliah bermula lagi lah tangan tak berhenti-henti bermain dengan benda tersebut, bersama rakan pun tangan masih setia memegang teknologi berkenan dan macam-macam lagi lah kalau nak cerita panjang sangat pula.

Lumrah manusia memang mudah cemburu dengan apa yang orang miliki, kiranya apa yang orang itu ada kita pun nak ada haihsssh mampuslah macam tu dah kalau orang tu beli Ferrari engkau yang kerja biasa-biasa je pun nak beli Ferrari ke hahaha. Faham tak maksud tersirat dan tersurat di situ??? fahamkan :)

Huish kalau nak ikutkan cemburu yang membuak-buak di hati ini mahu sahaja pergi beli satu dekat kedai yang berdekatan, tapi masalahnya kewangan pun tak ada, ada hati nak ikutkan rasa cemburu tu! Di sini ingin katakan dan nasihatkan kepada rasa hati saya supaya buang perasaan cemburu itu jauh-jauh hidup bersederhana sahaja lebih bagus.

"Lagipun ada satu keburukan yang ida tak suka dengan teknologi ini sebab orang semua terlampau leka dengan teknologi masing-masing dan komunikasi yang baik diabaikan di mana mereka tidak berpandangan mata sesama mata dan tidak fokus ketika berkomunikasi lebih asyik bermain teknologi itu."

Harap perkara itu  tak berlaku pada ida amin. amin. Itu pun kalau ada rezeki nak ada teknologi tu lah :) amin.

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.