Followers

Saturday 24 November 2012

Peraturan manusia

Assalamualaikum

Di kala pagi buta 12:23 pagi, saat mata dan otak yang sudah keletihan dan menjerit meminta untuk berehat tetapi aku endahkan sahaja semua rungutan itu. Aku terus gagahkan diri dan jari-jemari aku bersemangat untuk menulis sesuatu, sesungguhnya aku rindu untuk  menulis di sini.

Eh malas lah cakap ayat poyossss yang berterabur tu, kita cakap ayat ringkas kan senang tak payah nak merumitkan otak lah. Sebenarnya niat di hati nak tulis benda ini pada hari yang terjadi peristiwa itu tetapi disebabkan tak mempunyai kesempatan ida tulis hari ini lah.

Ida agak sedih dan terkilan dengan peraturan manusia, seperti yang kita ketahui peraturan manusia memang akan ada kelemahan dan kekurangan juga dipengaruhi oleh hawa dan nafsu. Peraturan sebegini memang akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan kemarahan.

Kalau dah ditetapkan begitu dan begini peraturannya kenapa mesti ada yang terkeluar daripada peraturan yang ditetapkan, kalau begitu di mana diletakkan peraturan yang dibuat itu dalam menilai sesuatu? Tolonglah nampak sangat tidak adilnya, Semua orang punya otak dan boleh fikir dia boleh tahu peraturan itu tidak adil dan juga tidak salah jika dia marah dan tidak puas hati kerana memang benar-sebenarnya apa yang dia rasakan itu.

Ida menangis atas peraturan yang sebegitu, mungkin orang lain akan rasa itu tangisan yang kosong tapi ida rasa itu tangisan yang ada makna. Mungkin bagi orang lain benda itu kecil tetapi bagi ida besar sangat perkara itu, jika tidak hati ida tidak akan sesuka hatinya nak terkilan dan menangis, buang masa dan air mata je kalau macam itu.

Kalau dah begitu peraturannya tolong lah jangan terkeluar dari landasannya, jika tak nak ada orang yang sakit dan terkilan kerana peraturan sebegitu dan juga tidak dapt merasai keadilan dalam peraturan tersebut.

Keadilan tidak ada. benci sebencinya sama itu peraturan

Assalamualaikum


Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.