Followers

Thursday 5 April 2012

Sedih

Assalmualaikum.

Ida betul-betul berasa tertekan dah sedih, nampak pada zahirnya ida suka dan senyum tetapi hanya Allah yang mengerti hati ida. Ida tak faham dengan diri ida, kenapa ida masih lagi lembap dan agak kelam kabut??? ida sendiri tidak tahu jawapannya. Ida betul-betul tidak yakin dengan diri ida sekiranya bendanya yang ida buat berkaitan dengan duit. Ida tidak suka matematik, ida tidak pandai dan ida sangat-sangat lemah dalam perkiraan.

Ida tak nak susah kan orang, Ida tak nak burukkan nama orang dan Ida tak nak orang dimarahi sebab aku. Ida betul-betul tertekan hari ini dan sedih , kerana terlampau banyak kesilapan yang ida buat, sudah beberapa hari tetapi ida masih lagi tidak pandai-pandai. Ida perlu diberi lebih masa dan perhatian mungkin, ida sendiri tak pasti.

Ida menitiskan titisan jernih tadi kerana rasa sangat tertekan memikirkan kesilapan yang di lakukan dan takut masih ada kesilapan yang berlaku dan akan dipersoalkan nanti.  Ida boleh dimarah tapi jujur sebagai manusia kita semua tak suka di marah kan, lagi-lagi ida memang lembap matematik.  Ida tidak sempurna tolong lah faham yew, ida cuba mana yang mampu. Jika ida masih tidak mampu mungkin ida terpaksa melangkah pergi.

Jujur menyusahkan orang bukan kesukaan ida.

Assalmualaikum, maaf ini entri sedih.

Nota kaki: tiada kaitan dengan yang hidup dan mati. Ini luahan hati ida tolong mengerti.
Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.