Followers

Friday 21 September 2012

Usah ditambah kecewa aku

Assalamulaikum

Keadaan hati yang kecewa telah bertambah kekecewaannya, niat di hati tidak mahu sesiapa pun mengetahui  kecuali kepada yang berkenaan sahaja.

Tak semua benda kita nak orang tahu jadi jangan lah kita terlampau ambil tahu jika si dia berdiam diri, ketahui lah maksud diam diri itu insan itu tengah mengalami sakit bahagian dalaman hatinya. Mungkin dalam keadaan tidak sedar aku juga bersikap begitu kerana kita manusia tak pernah lari daripada melakukan kesalahan.

Tapi aku ingin tekankan di sini jangan sesekali ditambahkan kekecewaan yang tengah melanda orang tersebut kerana sakitnya tidak tertanggung rasanya. Kamu tidak berdiri di dalam kasut perjalanan ku jadi kamu tidak mungkin dapat mengerti apa yang aku rasakan.

Kalau sudah tahu jangan lah ditanya banyak kali soalan itu, cukup sekadar bertanya sekali kerana pertanyaan yang banyak kali menambahkan rasa kecewa itu berjuta kali ok.

Sekian sahaja rasa kecewa aku yang ditambah berjuta kali, maafkan aku kerana aku hanya insan biasa yang telah kecewa dan ditambah kecewa. Tiada maksud apa-apa untuk entri ini cuma aku ingin kongsikan rasa kecewa yang melanda diri aku.

Assalamualaikum

aku mengetahui aku tidak cukup bagus tidak perlu di ingatkan berjuta kali. Usah ditambah kecewa aku.
Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

No comments: