Followers

Wednesday 26 September 2012

Bukan Tradisiku

Assalamualaikum

Entri ini insyallah seringkas yang mungkin kerana malam sudah lewat benar ini esok kelas pagi pula tu., terus ke matlamat utama entri ini ye.

Ada benda yang ida memang tak boleh nak suka dan tak akan suka, salah satunya tradisi pinjam meminjam barang ini, bukan nak kata kedekut tapi memang super tak suka dan tak suka sejak dari azali lagi ini bukan tradisi hidup ida.

Tipulah kalau ida kata ida tak ada pinjam barang orang ada jew tapi ada sebahagian barang kita memang tak suka ada orang lain pakai barang kita tak kan semua nak bagi orang kowt macam tu memang syok gila siapa jadi kawan dia semua benda boleh pakai orang tu punya je kita punya simpan buat koleksi je.

Ida nak katakan di sini bukan tradisi ida kalau bab pinjam meminjam ini tengok pada barangnya juga lah. Ada hati ada perasaan dan ada otak fikir lah sendiri.

Sebahagian barang-barang yang paling ida pantang dan tak suka orang pinjam ialah baju, seluar, dan tudung lah. Sebab bagi ida kalau baju dengan seluar itu hak milik kekal ida dan privasi ida. Fikir pakai otak lah kalau barang itu barang berharga kita semestinya kita tak suka orang pakai dan pinjam lagi-lagi kalau yang buat macam harta sendiri lagi lah bertambah bara di hati.

Tudung itu pun merangkumi privasi juga tapi tak kisah sangatlah pasal tudung tu tapi jangan kita nak pakai dia pun nak pakai pastu buat harta sepuluh tahun macam dia punya boleh menyirap darah.

Dalam satu perhubungan tidak mengharuskan kita pinjam segala harta orang itu dan jika orang itu tak bagi kita juga tak boleh nak sakit hati dan marah sebab itu memang hak dan milik dia makluman ye.

Assalamualaikum
Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

No comments: