Followers

Monday 22 October 2012

Persoalan Matang

Assalamualaikum

kabus menebal di Puncak Alam ini membuatkan aku seringkali pergi ke tandas, Owh cuaca kenapa begitu engkau menduga aku tolong berhenti menjadi tempat yang begitu sejuk kerana sesungguhnya aku tak tahan sejuk.!! Eh eh eh sebenarnya bukan nak cerita pasal cuaca lah nak cerita pasal "Persoalan Matang"

Maaflah yew permulaan yang agak kurang menarik itu tolak ketepi ye sahaja jew nak bagi tahu korang macam mana Puncak Alam itu sebenarnya.

Ada satu makhluk yang tiba-tiba muncul kembali yang aku ingat tak mungkin akan muncul balik itu telah tiba-tiba mempersoalkan tentang kematangan aku.

Eh engkau siapa?!! ada garis pengukur ke tentang kematangan seseorang itu, kenapa mulut engkau begitu lancang mengatakan aku TIDAK MATANG. Sesuka hati engkau sahaja berbicara sebegitu.

Cukup matangkah diri engkau jika dengan secara tidak sopannya engkau terus mengatakan aku begitu dan begini. Eh tolong lah jangan bermain emosi dengan aku, aku tidak gemar orang menjadikan fikiran aku semakin kritikal kerana pemkiran aku sudah cukup kritikal dek kerana diri aku sendiri yang menjadikannya begitu tak perlu lah nak tambah-tambah.

Aku hanya berkata perkataan ini je "apa-apa lah" itu tidak membuktikan aku marah, orang gila jew yang akan cakap aku marah bila sebut perkataan itu. Kemudian engkau terus kata jadi matang. Eh aku sudah cukp matang tak payah engkau sibuk-sibuk nak mengajar aku bagaimana matang itu, kerana engkau sendiri tak faham apa itu erti matang.

Orang yang matang tak akan sesuka hati menuduh orang itu begitu dan begini. Bila berkata "apa-apa lah" tak semestinya orang itu marah tengok lah apa sebabnya kepada jawapan itu. Jangan hanya melihat pada jawapannya dan terus membuat kesimpulan tersendiri.

Eh aku penat lah. Biarlah aku hendak matang atau tidak engkau tak ada hak atas persoalan itu hanya diri aku sahaja yang berhak.

Aku memang begini dan akan terus begini, jika tak suka sila pergi jauh kenapa harus datang kembali. Mungkin aku yang menjadi puncanya engkau datang kembali, maaflah aku tidak berniat menganggu cuma memori itu datang.

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

Tuesday 2 October 2012

Tolong Hentikan Stereotaip

Assalamualaikum

Hai semua saya pelajar yang berwawasan sangat kerja update blog jew, macam dah tak ada kerja lain nak buat dah. Eh ida bukan lah pemalas sangat kerja ada separuh dah selesai lagi separuh je nak selesaikan oleh kerana kelas tadi ada satu jew seterusnya kerja ida adalah tidur lah kan apa lagi.

Jangan lah salahkan ida salahkan mata yang mengantuk siapa suruh dia mengantuk jadi ida tidurkan diri je lah. Esok pun kelas satu juga itu pun tak pasti sama ada pensyarah akan memunculkan dirinya yang tak pernah muncul-muncul, rasa fedup lah pula, otak ini kosong tak ada ilmu tambahan pula dah minggu keberapa ini kalau lambat lagi mula kuliah pastinya akan jadi gila lah kami semua kerana berkejar-kejar nak habiskan bab dan kuiz serta test.

Rasanya melencong jauh dah ini, ok kita terus kepada perkara utama ya. Ida rasa nak mohon dan minta tolong sangat hentikan stereotaip anda semua terhadap orang kelantan, di sini ida nak cakap kami orang kelantan ada perasaan ada jiwa yang akan memberontak bila ada sahaja yang mengata tempat kelahiran kami hati kami menjadi panas dan kami rasa nak marah sahaja orang yang mengata perkara tersebut.

Tolonglah jadi manusia yang berfikiran lebih matang jangan hanya matang pada umur dan fizikal sahaja tolong matang pada pemikiran anda. Tak semestinya segelintir orang kelantan yang bawa sifat buruk itu menunjukkan semua orang kelantan adalah seperti itu, begitu jugalah dengan negeri yang lain. Semua negeri itu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing jadi jangan pernah bersikap stereotaip.

Kita juga sebagai manusia memang ada sifat jahat dan baiknya, cuma kita kena tahu seimbang dan kawal sifat itu. Jadi tolong hentikan stereotaip terhadap orang kelantan saya sudah bosan dan muak mendengar orang mengata tempat kelahiran saya, adakah tempat anda begitu sempurna dan tak ada cacat celanya langsung, tipu sungguh kalau begitu yang anda katakan. Anda pendusta kepada diri sendiri.

Saya bangga menjadi anak kelantan.

Assalamualaikum





Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.