Followers

Friday, 30 March 2012

Thaqif

Assalmualaikum..

Mood menaip dan berblog sudah datang, oleh itu walaupun mengatuk lagi sanggup tahan kan mata kerana nak coret juga cerita ini.

Semalam tengahari lepas zuhur, Ida dengan mak pergi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Ayah thaqif datang ambil kitorang untuk lawat thaqif. Siapa thaqif tu, owh thaqif tu pengarang jantung hati ida, haha anak mak cik yang berumur 11 bulan. Sepupu kecil ida yang tersangatlah comel taw.

Tapi kesian adik thaqif taw kecomelannya terus hilang, kerana dia ada masalah dengan usus dia masa lahir lagi tapi masa tu kecil lagi jadi tak boleh nak operation kan, sekarang dah 11 bulan jadi adik kena buat operation tu untuk betul kan usus adik thaqif, kalau tak nanti adik ada masalah untuk buang air kalau tak betulkan masalah usus dia.


Adik thaqif tatap kitorang macam ini lah, mungkin dia nak mengadu nak menangis tak boleh. jadi dia pandang jew lah. cian adik..Cepat sihat taw adik.


Ini adalah mesin apa tah, tapi dari mesin ini ada beberapa wayar lah, dalam 4 ke 5 wayar. Sabar yew adik nanti dah sihat boleh buang ini semua jauh-jauh kan.



Sampai-sampai jew dia terus sedar, macam tahu jew kitorang nak ziarah dia. Dia merengek sikit, menangis tapi tak keluar air mata pun mungkin sebab tak ada tenaga, Yelah dah lah sakit operation pastu puasa dari hari selesa sampai semalam dan mungkin hari ini pun kena puasa lagi taw. Orang dewasa yang kena operation  mungkin boleh tahan sikit kesakitan itu, tapi ini kan budak kecil berumur 11 bulan, cubalah korang bayangkan perasaan dia. Adik thaqif cepat sihat yew amin.

Dia tatap jew muka ida dengan mak ida, usap-usap kaki, tangan, dan kepala dia. Yang pandainya dia tak merengek dengan kitorang pun, tapi kalau nurse datang mesti merengek. Thaqif memang manja pun kalau sebelum ini mana nak dengan orang, berkepit jew celah ketiak mak dia. Kalau nak ambil dia kena bawa lari jauh-jauh dari mak dia, kalau nampak mak dia pasti kan nangis nak pergi kat mak dia.

Alhmdulillah petang tu, bila doktor datang tanya ada buang air tak kat kitorang ?, tengok-tengok adik dah buang air. Maknanya usus yang dibetulkan oleh doktor dah berfungsi. Terus doktor kata hah ini pentunjuk yang baik, ok bagus adik sekarang kena tunggu sehingga adik betul-betul dah ok barulah boleh keluar dari hospital tu. Adik thaqif kuatkan cepat sembuh yew..nanti boleh layan kerenah adik thaqif =).

Tolong ida, doakan adik thaqif yew semoga dia cepat sembuh dan tidak merasa sakit dengan luka pembedahan tu amin insyallah.

Assalmualaikum.
Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

7 comments:

Boni JLL3 said...

alahai..kesiannya..apa2 pun..semoga dia cepat sembuh ye

Ida Roslan said...

a'a kesian sbb die kecik lagi kan, ok terima ksh yew amin =)

anNaqia said...

get well soon little thaqif. may Allah ease your pain. may Allah bless you too. :)

Ida Roslan said...

anNaqia: amin insyallah. terima ksh byk2 yew =)

MaYa MustWany said...

smga thaqif cepat sembuh n kembali ceria.insyaAllah.

Ida Roslan said...

MaYa MustWany: amin insyallah, terima ksh yew maya =).

NURUL AMEERA said...

moga cepat sembuh :)