Followers

Tuesday 21 February 2012

Terharu

Assalamualaikum


Maafkan ida kerana mengambil gambar tanpa kebenaran kak marya yew. Tak ada niat buruk di hati cuma ingin bagi tahu pada semua hati ini sungguh terharu bila tengah bersekang mata menghadiahkan diri online fb dan berblog kerana report latihan industri hari ini ada hasilnya. 

Mata memandang ke arah followers yang ke 50 pada mulanya eh macam kenal je followers nie macam rupa kak marya eh biar betul nie ke aku bermimpi di malam hari kata hati aku. Terus klik kt gambar itu dan ternyata lah kak marya hana. Ida terus tersengih-sengih dan nekad nak buat entry untuk menyatakan rasa terima kasih yang tak terhingga dan terharu ida kerana kak marya hana sudi datang dan follow blog yang baru nak bertapak ini =).

Terima kasih lagi sekali, ikhlas ida katakan ida sangat terharu kak marya. Jujur ida suka sangat cara penulisan kak marya dan penulisan kak marya juga dapat memberikan banyak manfaat kepada ida.

Terima kasih yew. Rasa nak melompat kegembiraan =).

Members (50)
Already a member? Sign in

Assalamualaikum. 

Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

Sunday 12 February 2012

Tidak mahu dibenci dan ditertawakan.

Assalamualaikum..

Sekarang dah pagi buta hehe, ida masih sengaja menahan mata entahlah rasa macam tidak mahu tidur lagi kerana petang tadi sudah tertidur. Ida jarang tidur petang kerana memang tak suka tidur kecuali malam je tapi kalau dah penat mestilah ida akan tidur juga.

Nampak kan tajuk kat atas, ida tak nak di benci dan ditertawakan lagi. Ida nak cerita kat korang semua ida ada satu perangai yang tidak patuh di contohi oleh sesiapa pun taw, ida pasti kan menguap dalam kelas, ceramah dan semasa mengantuk. Bukan pasti je taw tetapi kerap sangat menguap, Ya Allah tak tahu lah kenapa kalau mengantuk tu faham-faham lah mestilah kita akan menguap kan yang tu letak tepi ok. Dalam kelas dan ceramah kalau cara pembelajaran dan penyampaian ceramah yang bosan lagi cepat ida menguap taw, dan akan berterusan menguap tu.

Tapi ida bukan mengantuk sepanjang masa dah memang mulut ida asyik nak terbuka je walaupun ida tak mengantuk, orang kata oksigen tak sampai ke otak mungkin jugalah sebab ida ada lagi satu perangai susah gila nak minum air. Kadang-kadang sampai tekak tu rasa kering dan berdarah baru lah nak minum air, masa makan dan masa dahaga je baru lah ida terhegeh-hegeh nak cari air kalau tak jangan harap lah nak minum. Kalau terlupa nak minum air masa makan kat asrama terus tak minum nanti kalau rasa dahaga melampau baru lah pergi minum teruk kan? Bila kurang minum air oksigen pun susah nak ke otak.

Menguap tu memang tak sopan tapi walau macam mana ida menguap pun ida tak pernah tidur dalam kelas dan tak akan tidur pun. Bukan nak berlagak tetapi memang kenyataan memang ida kerap menguap tetapi tidur tidak sama sekali. Tadi ida cari kat google pasal kerap menguap pastu ida ada terjumpa hadith di bawah ini.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud:   "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah'.


Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakan. (Hadith Riwayat Bukhari).

Hati ida terus berkata mulai hari ini ida akan berusaha untuk tidak menguap lagi kerana ida tak nak Allah bencikan ida dan syaitan mentertawakan ida. Ida juga nak kongsi sekali tentang pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

  1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
  2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
  3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap dan bersin.
  4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".
  5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap


(Sumber  Berita Harian Online)
Assalmualaikum.

Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.