Followers

Thursday 30 August 2012

pejalan kaki

Assalmualaikum.

Setelah seronok bertweet di twitter tiba-tiba ida tweet tentang blog, iaitu rasa berblog itu seperti sudah mati. Owh tidak tidak tidak, tak sanggup rasa mahu blog ini terus-terusan mati walaupun mungkin hanya ida pembacanya akan ida cuba untuk biarkan blog ini terus-terusan hidup amin insyallah.

Rasanya hari itu ida ada janji nak tulis pasal pejalan kaki tapi tak tulis-tulis kan, jadi ida ambil kesempatan ini untuk tunaikannya. Oleh kerana hari itu ida bekerja dengan berjalan kaki sebab dekat sangat tempat kerja dengan rumah ida.

Ida rasa sebagai pejalan kaki tak perlu lah kita bawa barang banyak-banyak sangat semasa jalan kaki sebab macam leceh kowt. Kalau rasa nak pergi kejap jew bawa jew duit dan telefon, tak payah duduk pegang dan tayang dompet korang sangat tak pasal-pasal kena sambar dengan penyamun nanti kang nangis tak berlagu pula.

Lepas tu kalau boleh sebagai pejalan kaki jangan lah jalan tempat yang sunyi ek, jalan tempat yang ramai orang jadi kalau ada apa-apa terjadi boleh lah kita jerit minta tolong. Ini kalau dah sunyi memang tak ada orang nak dengarlah kalau kita terjerit-jerit kan.

Lagi kalau jalan kaki dekat-dekat dengan kereta yang parking tu kena hati-hati sikit lah, perhatikan ada orang ke tak dalam dia kalau ada elakkan jalan dekat pintu kereta yang ada orang tu sebab kemungkinan besar dia boleh tarik kita masuk dalam kereta dan terus bawa lari, tahu-tahu lah sekarang ini kan senang sangat culik dan menculik ini.

Paling utama sekali semasa jalan kaki mestilah nak lintas-lintas kan jadinya kena lah toleh kiri toleh kanan sebelum nak lintas tu ye, sayangi diri kita jangan fikir nak cepat jew nanti nyawa kita boleh melayang terbang ke tanah.

Seterusnya ida rasa, pejalan kaki mestilah prihatin dengan suasana sekitar tempat jalan kaki kalau rasa tak selesa dengan tempat tu tukar tempat lain dan pratikkan apa yang ida bagi tahu kat atas tu yew kawan-kawanku.

Undur diri dulu, jumpa di coretan lain :)

Assalamualaikum
Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

1 comment:

melesap said...

Selamat hari raya Ida!
http://renungalam.blogspot.com/search/label/es
-penulis Eee... Sayur! =)