Followers

Monday 17 September 2012

sila jadi kuat

Assalamualaikum

Aku mohon padamu sahabat moga kamu terus-terusan menjadi lebih kuat kerana sesungguhnya aku amat menyayangi diri mu <3

Pada mulanya, aku agak terkejut bila engkau khabarkan pada aku apa yang sebenarnya telah berlaku pada dirimu, sedih yang teramat sangat tapi aku tahu engkau kuat sayang kerana engkau masih mampu untuk senyum seperti zaman dulu kala kita, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tapi jelas ternyata fizikal engkau memang sudah berubah dan tidak seperti dulu lagi sahabat.

Sungguh aku katakan aku takut kehilangan dirimu, kerana memang telah aku tanamkan dalam diriku cinta yang dalam buatmu sejak bermulanya persahabatan antara kita. Aku mohon pada kamu sahabat sila jadi kuat sila jadi kuat dan sila jadi kuat untuk melawan segala dugaan yang tengah engkau alami dan bakal alami pun. Aku yakin dan sangat pasti kamu boleh sahabat.

Yang mampu aku lakukan untuk membantumu ialah dengan memberi kata sokongan dan berdoa untukmu sahabat. Moga kamu diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi apa yang tengah engkau alami sekarang sahabat dan diberikan kesihatan yang lebih baik daripada yang dahulu amin.

Terima kasih sahabat engkau sudi berkongsi suka duka mu dalam kehidupan bersama ku, jangan risau selagi masih bernafas kami semua akan terus-terusan berada di sisi mu sahabat insyallah amin.

aku sangat sayang sama kamu sahabat.!

Tolong doakan sahabat ida ye kawan-kawan blogger.,terima kasih byk2.

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

No comments: