Followers

Tuesday 2 October 2012

Tolong Hentikan Stereotaip

Assalamualaikum

Hai semua saya pelajar yang berwawasan sangat kerja update blog jew, macam dah tak ada kerja lain nak buat dah. Eh ida bukan lah pemalas sangat kerja ada separuh dah selesai lagi separuh je nak selesaikan oleh kerana kelas tadi ada satu jew seterusnya kerja ida adalah tidur lah kan apa lagi.

Jangan lah salahkan ida salahkan mata yang mengantuk siapa suruh dia mengantuk jadi ida tidurkan diri je lah. Esok pun kelas satu juga itu pun tak pasti sama ada pensyarah akan memunculkan dirinya yang tak pernah muncul-muncul, rasa fedup lah pula, otak ini kosong tak ada ilmu tambahan pula dah minggu keberapa ini kalau lambat lagi mula kuliah pastinya akan jadi gila lah kami semua kerana berkejar-kejar nak habiskan bab dan kuiz serta test.

Rasanya melencong jauh dah ini, ok kita terus kepada perkara utama ya. Ida rasa nak mohon dan minta tolong sangat hentikan stereotaip anda semua terhadap orang kelantan, di sini ida nak cakap kami orang kelantan ada perasaan ada jiwa yang akan memberontak bila ada sahaja yang mengata tempat kelahiran kami hati kami menjadi panas dan kami rasa nak marah sahaja orang yang mengata perkara tersebut.

Tolonglah jadi manusia yang berfikiran lebih matang jangan hanya matang pada umur dan fizikal sahaja tolong matang pada pemikiran anda. Tak semestinya segelintir orang kelantan yang bawa sifat buruk itu menunjukkan semua orang kelantan adalah seperti itu, begitu jugalah dengan negeri yang lain. Semua negeri itu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing jadi jangan pernah bersikap stereotaip.

Kita juga sebagai manusia memang ada sifat jahat dan baiknya, cuma kita kena tahu seimbang dan kawal sifat itu. Jadi tolong hentikan stereotaip terhadap orang kelantan saya sudah bosan dan muak mendengar orang mengata tempat kelahiran saya, adakah tempat anda begitu sempurna dan tak ada cacat celanya langsung, tipu sungguh kalau begitu yang anda katakan. Anda pendusta kepada diri sendiri.

Saya bangga menjadi anak kelantan.

Assalamualaikum





Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

No comments: