Followers

Monday 31 December 2012

Karok

Ida dan Mas
Assalamualaikum

kalau nak di ikutkan cerita ini boleh dikatakan basi lah tapi nak juga tulis kat sini, ada hati lagi tu menulis dengan online sedangkan kesuntukkan masa nak pulun study untuk final exam hehehe. 

Ok berbalik pada tajuk utama masa Isnin 24/12/2012, Ida keluar dengan gegurls ida. Ida memang berhajat balik selayang nak pergi karok sebab dah lama gila tak menyumbang kan suara yang sumbang ini sambil itu nak melepaskan segala beban di otak dan bahu yang tak larat nak di pikul dah dan seperti biasa peneman ida untuk menyumbang suara untuk karok ialah Nadia, tapi suara nadia best tak sumbang macam ida :)

Seperti selalu kami akan menyusahkan gegurl comel kami Ain, kesian dia bukan dia yang nak karok tapi kitorang ajak dia juga untuk meluangkan masa bersama. Oleh kerana ain ada kereta dia lah yang bawa kita orang pergi tempat karok iaitu kat Selayang Mall.

Hah Mas pun ikut mulanya kata tak jadi, dan akhirnya mas ikut tapi kesian dia tak boleh join nyanyi sekali dengan kitorang sebab dia sakit tekak, tapi dapat juga lah dia nyanyi satu lagu walaupun separuh jalan je.

Ain je kami masih tak berpeluang dengar suara dia :)

Terima kasih banyak-banyak dekat korang sudi meluangkan masa dengan ida dan tolong ida buang segala beban dan tekanan sebelum nak final nie. Sesungguhnya Ida sayang korang semua sangat-sangat :)

Assalmualaikum

Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

No comments: