Followers

Thursday 3 January 2013

tertipu

Assalmualaikum

sesungguhnya manusia itu berbahaya sangat walaupun di depan mata atau tidak bila mereka berkata-kata belum tentu tiada kebohongannya.

sekali lagi aku jatuh dalam ruangan tertipu, kenapa begitu mudah aku percayakan orang mohon tolong jangan jadi orang yang tidak menggunakan akal waras supaya tidak tertipu lagi.

aku mungkin kesunyian tapi aku bukan terdesak untuk memiliki yang punya orang, aku ada akal waras aku juga nak miliki seseorang yang hanya akan jadi punya aku. aku tidak suka berkongsi, jenis orangnya mudah melenting dan cemburu.

mohon kesunyian tolong jangan terlampau mendesak tidak mati jika tidak berteman. Allah itu ada.

semua jalan hidup sudah ditetapkan berteman atau tidak berteman hidup ini aku kena belajar redha dan tempuhi hidup dengan tenang hingga nafas akhir aku.

aku tak suka tertipu tapi aku sering tertipu di situ nampak kebodohan aku, aku kena belajar mengawal hati yang terlampau mudah percayakan kata-kata orang. aku nak jadi orang yang keras hati dalam mencari bahagia itu.

keras sekerasnya kerana aku sudah cukup sakit dengan semua perkara tertipu ini, aku tak suka diserabutkan perkara yang menganggu fokus aku.

bahagia jika engkau milik aku, aku menanti dirimu.

tertipu sila berambus jauh daripada hidupku, aku mohon sangat.

Assalmualaikum
Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

No comments: