Followers

Wednesday 12 December 2012

bahana tidak bijak dengan masa

Assalamualaikum.

Pengakuan berani daripada diriku yang tiada tahu mana mahu kumpulkan tenaga untuk hadapi minggu-minggu terakhir bergelar pelajar semester 2 Ijazah, ingin aku maklumkan pada semua tentang bahana tidak bijak dengan masa yang berputar selama 24 jam dalam kehidupan seharian kita.

Oleh kerana aku seorng pelajar yang selalu memang suka bermain endah tak endah sahaja sama itu masa yang aku nampak kecil jew daripada aku yang punya kuasa untuk buat dia jadi berguna aku sendiri sedang menanggung bahananya sekarang.

Bahananya aku punya mental dan fizikal tidak punya rehat yang cukup, tidur yang nyenyak, masa lapang yang aman, dan lain-lain, ini adalah kerana kuiz, assignment dan test yang melanda aku di minggu akhir ini membebankan bahu aku yang memang sudah terbeban dengan sikap sambil lewa dan malas aku terhadap perkara yang sepatutnya boleh dilunaskan dengan segera tanpa menyeksa diri sebegini rupa. hahahaha.

Itu namanya padan muka lah siapa suruh main-main sama itu masa yang nampak macam perkara kecil tetapi sesungguhnya masa memberikan impak yang besar dalam kehidupan kita.

Tengok aku sempat lagi membuang masa dengan merapu di blog..maaflah diri rasa lama tak menulis.

Nasihat aku jangan main-main sama masa dan urus masa anda dengan bijak dan jayanya.

Assalmualaikum.





Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

No comments: