Followers

Tuesday 4 December 2012

Terkilan

Assalamualaikum semua.

Nak kongsi perasaan sedih, terkilan dan macam-macam lagi tetapi semua salah ini berpunca daripada ida juga tak boleh nak salahkan orang lain pula.

Ini semua salah kasut konvo habis spoil mood ida. Ida cuma terkilan gambar konvo ida berapa keping je ada lagi tambahan gambar atas pentas langsung tak ambil, konvo ini bukan boleh buat hari-hari kan. Degree punya ida tak tahu lagi perjalanan ida macam mana.

Serius seronok tengok orang semua ada peneman nak tolong tangkap gambar dan sudi ikut orang yang sakan berkonvo itu ke hulur dan ke hilir. Ida dengan kasut tercabut-cabut, salah ida juga pergi beli kasut tu lepas tu dengan sorang-sorang ye.

Hasilnya gambar ada berapa keping je walaupun gambar pre-konvo banyak tapi tak sama macam hari konvo yang sebenar perasaan dia.

Argh tak suka perasaan terkilan ini, letih lah macam ini. Walaupun tahu salah diri sendiri tapi ida rasa sedih juga. maaf ye ida memang teruk pun.

Harus mencari peneman yang sudi berada di sisi setiap masa. kalau ada.

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

1 comment: