Followers

Wednesday 23 January 2013

"terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya"

Assalamualaikum.

Kebiasaannya aku masih tidur ketika ini, tiba-tiba semangat nak buka lappy pagi-pagi buta nie datang singgah dekat otak aku.

Tajuk di atas "terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya" hah siapa tak pernah merasa padahnya cuba jujur sikit? tipu eh kalau korang tak pernah rasa kerana padah akibat terlajak kata.

Manusia tiada yang sempurna cuba mengaku sikit. eh aku nie melampau suruh orang mengaku pula, ok lah aku yang patut mengaku dekat sini aku pernah merasa padahnya jujur dan ikhlas aku katakan dan aku pasti manusia diluar sana kebanyakkan pun pernah merasakannya.

Kesilapan memberi kita pengajaran dan cuba lah kita memperbaiki diri menjadi lebih baik daripada duduk sibuk terlajak kata yang dalam tak sedar menyakiti orang lain dan juga akan meyakiti balik diri kita sendiri.

Aku menangis seperti anak kecil akibat terlajak kata aku dan aku seperti hilang semangat. serius ini benaran bukan tipuan semata-mata.

Tapi kadang-kadang manusia hanya meluahkan rasa bukan sengaja dan disengajakan.

Kita tak boleh nak jadi sempurna di mata semua orang dan orang juga tak boleh nak jadi sempurna di mata kita. Jadi tak perlu sibuk mencari kesempurnaan "MUHASABAH" diri menjadi lebih baik itu lebih baik daripada sibuk mencari apa itu kesempurnaan.

Kesempurnaan itu mustahil.

Ingatlah manusia itu tidak sempurna ada masanya dia akan terlalu ingin meluahkan rasa hati yang membuak-buak minta tolong di keluarkan untuk melegakan hati. Cuma kita perlu lebih berhati-hati tak semua faham yang kita cuma ingin meluahkan perasaan ada yang akan cuba mengkaji dan selidik sebaliknya dan mempersalahkan kita.

Ya mungkin kita salah tapi kesalahan itu tak boleh diletakkan 100% di atas bahu kita. Perlu lihat pelbagai sudut hah siapa yang belajar Organization Behavior faham ler apa aku nak sampai ini.

Maaf jika aku terlajakkan kata aku, manusia biasa yang tak sempurna.

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

No comments: