Followers

Sunday 12 February 2012

Tidak mahu dibenci dan ditertawakan.

Assalamualaikum..

Sekarang dah pagi buta hehe, ida masih sengaja menahan mata entahlah rasa macam tidak mahu tidur lagi kerana petang tadi sudah tertidur. Ida jarang tidur petang kerana memang tak suka tidur kecuali malam je tapi kalau dah penat mestilah ida akan tidur juga.

Nampak kan tajuk kat atas, ida tak nak di benci dan ditertawakan lagi. Ida nak cerita kat korang semua ida ada satu perangai yang tidak patuh di contohi oleh sesiapa pun taw, ida pasti kan menguap dalam kelas, ceramah dan semasa mengantuk. Bukan pasti je taw tetapi kerap sangat menguap, Ya Allah tak tahu lah kenapa kalau mengantuk tu faham-faham lah mestilah kita akan menguap kan yang tu letak tepi ok. Dalam kelas dan ceramah kalau cara pembelajaran dan penyampaian ceramah yang bosan lagi cepat ida menguap taw, dan akan berterusan menguap tu.

Tapi ida bukan mengantuk sepanjang masa dah memang mulut ida asyik nak terbuka je walaupun ida tak mengantuk, orang kata oksigen tak sampai ke otak mungkin jugalah sebab ida ada lagi satu perangai susah gila nak minum air. Kadang-kadang sampai tekak tu rasa kering dan berdarah baru lah nak minum air, masa makan dan masa dahaga je baru lah ida terhegeh-hegeh nak cari air kalau tak jangan harap lah nak minum. Kalau terlupa nak minum air masa makan kat asrama terus tak minum nanti kalau rasa dahaga melampau baru lah pergi minum teruk kan? Bila kurang minum air oksigen pun susah nak ke otak.

Menguap tu memang tak sopan tapi walau macam mana ida menguap pun ida tak pernah tidur dalam kelas dan tak akan tidur pun. Bukan nak berlagak tetapi memang kenyataan memang ida kerap menguap tetapi tidur tidak sama sekali. Tadi ida cari kat google pasal kerap menguap pastu ida ada terjumpa hadith di bawah ini.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud:   "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah'.


Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakan. (Hadith Riwayat Bukhari).

Hati ida terus berkata mulai hari ini ida akan berusaha untuk tidak menguap lagi kerana ida tak nak Allah bencikan ida dan syaitan mentertawakan ida. Ida juga nak kongsi sekali tentang pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

  1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
  2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
  3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap dan bersin.
  4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".
  5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap


(Sumber  Berita Harian Online)
Assalmualaikum.

Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

1 comment:

Unknown said...

wahhh lepas ni kene tahan menguap lah hahaha