Followers

Tuesday 31 January 2012

Sesuaikanlah Diri

Assalamualaikum.

Hai semua hari nie tak lah lewat sangat kita update, cuma nak cakap pasal sesuaikanlah diri anda hah bukan sesuaikan diri dengan abg syg yew. Maksud sesuaikanlah diri di sini ialah kita dalam dunia ini kalau kita nak maju ke hadapan dan tidak mahu menghadapi masalah sakit jiwa, kita haruslah pandai menyesuaikan diri walau dalam keadaan macam mana sekali pun.

Itulah gunanya belajar Organization Behavior (OB) , subjek ini aku amik masa aku sem 5 dan subjek ini banyak membantu kita dalam memahami pelbagai perangai manusia dan cara untuk menghadapi dan menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku dalam memahami perangai manusia. Tak semua orang akan suka dan hormat kita macam mana yang kita nak, jadi kalau kita nak orang suka dan hormat kita seharusnya kita tundukkan orang tu dengan sikap kita.

Korang jangan fikir lain plak ek maksud tunduk di sini ialah tak adalah buli atau menyakitkan hati orang tu sebaliknya kita bersikap baik dengan dia walaupun dia mungkin tak suka kita atau kita tak suka dia dalam erti kata lain kita harus menjadi hipokrit dalam situasi sebegini.

Lama-kelamaan rasa tak suka dan benci itu dengan sendrinya bertukar menjadi rasa suka dan hormat. Sebenarnya sekarang aku dalam latihan industri luaran hah senang cerita pratikal lah, aku banyak menggunakan apa yang di pelajari dalam OB ketika pratikal ini walaupun aku tak ingat dah apa aku belajar sangat tapi perkara yang berlaku di tempat pratikal aku itu membuatkan aku mengimbas apa yang dipelajari dan memahami  cara untuk menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri.

Oleh itu aku tidak mengalami sebarang sakit jiwa dan dan tekanan. Aku tak kisah orang tak suka aku tapi aku akan buat orang suka aku, oleh kerana aku pratikal aku seperti menjadi seorang pelajar kepada pekerja-pekerja di tempat pratikal aku dan mereka sperti cikgu aku. Tak kira dapat elaun ke tak tapi aku akan buat baik-baik pratikal aku ini suruh lah aku buat apa pun aku kan buat mungkin aku ini agak lembap pada mulanya tapi aku kan berusaha untuk menjadi terbaik. Ini seperti aku menjawab soalan test dan final exam sanggup tidak tidur dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendpat yang terbaik. (tak tidur sebab kita suka ulangkaji pada saat-saat akhir) =).

Ok lah panjang sangat dah, aku undur dri yew..hajat dihati bawa balik buku report nak tulis tapi tak sentuh-sentuh tapi kalau blog ini menghadap berjam-jam tak pe plak hehe.

Asslmualaikum.
Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

No comments: