Followers

Friday 22 March 2013

Nasihat berguna

Assalamualaikum.

Ida di rumah Ya Allah rasa keseronokan yang berlipat ganda sesangat :) sampai je rumah terus tengok menu hari ini di rumah kemudian jatuh cinta sama menu mak masak hari ini hehe apa lagi bantai makan nasi sampai bertambah lah kan.

Entah apa angin yang datang tiba-tiba rasa nak sangat balik mingggu ini sedangkan kerja berlambak nak kena lunaskan, kena study untuk quiz lagi dan lain-lain tapi hati tetap tekad nak balik juga dan sekarang Ida di rumah :)

Oh ya berbalik pada tajuk utama ye, banyak sangat kata-kata yang disampaikah oleh pensyarah-pensyarah yang mengajar ida masa degree ini. Mereka tak putus-putus bagi kami OHB33C kata-kata semangat, nasihat, peringatan dan seangkatannya denganya.

Ini bukan kata-kata kosong yang diluahkan untuk menghabiskan air liur mereka tapi ini adalah bukti kasih sayang mereka terhadap kami dalam membantu kami mencapai kejayaan dan ini adalah yang dikatakan nasihat berguna untuk kami semua. Insyallah kami akan tanam dalam kepala otak dan hati kami dalam-dalam amin.

Manusia sentiasa perlukan peringatan, nasihat dan kata-kata semangat, kerana manusia selalu alpa dengan duniawi yang penuh dengan pengaruh yang pelbagai. Ia sebagai pembakar semangat kepada semua manusia pada mana semangat yang samar-samar atau makin pudar itu supaya pulih kepada sediakala.

Terima kasih yang tak terhingga.

sayang banyak-banyak sama pensyarah :)

Assalamualaikum



Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

No comments: