Followers

Thursday 3 May 2012

Hati yang sensitif

Assalamualaikum.

Ya Allah kenapakah hati aku begitu sensitif ini, adakah aku terlalu memperbesar-besarkan benda yang tersangat kecil halnya. Aku telah, Engkau ciptakan seorang yang mudah bercakap dan mudah mesra dan suka berkawan. tapi kena hati ku yang sensitif ini tidak langsung terbuka untuk jadi seperti itu lagi.

Aku betul-betul tidak boleh suka dan tak kan suka sampai bila-bila pun dengan perkara itu. Kerana terlampau banyak ragam dan sikap yang menyakitkan hati ku yang terlampau sensitif ini. Mungkin hati sensitif ini tidak lagi mampu bertahan seperti dulu-dulu lagi.

Bila kita harus buat sesuatu yang kita tidak suka pasti hati kita akan sakit sangat kan, lagi-lagi tiada sokongan dari sesiapa pun yang memahami situasi dan hati kita. Aku betul-betul ingin pergi, aku tak boleh nak paksa dah hati aku untuk menyukainya. Hati aku yang sensitif sudah betul muktamad dengan keputusannya.

Biarlah orang nak benci aku pun dengan keputusan ku ini, aku rela daripada jiwa dan raga aku yang menanggung seksanya. Orang tidak akan mengerti kerana dia bukan berada di tempat kita.
 
Siapakah yang suka bila tiada keadilan dalam sesuatu perkara.
Siapakah yang suka bila bercakap elok-elok dibalas dengan kasar.
Siapakah yang suka bila semua benda haruslah sempurna dan tiada salah. kita manusia tak mungkin kita boleh buat semua dengan sempurna.
Siapakah yang suka kalau semua benda nak cepat tanpa mengerti situasi seseorang itu.
Siapakah yang suka kalau asyik nak cari salah orang jew.

Bila hati tak suka memang susah untuk sesuaikan diri. Hati sensitif ini jujur mengatakan yang dia benar-benar tidak suka dengan semua situasi di atas dan tak boleh lagi nak menerimanya.

Assalamualaikum, maaf entri sedih.

Nota kaki: Kita kena buat kerja yang kita suka baru jiwa tak sengsara.

Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

2 comments:

Si Matatajam said...

Bla hati sedih refer to Allah k. Mengadu padaNya..

Ida Roslan said...

ok terima ksh.