Followers

Tuesday 8 May 2012

Pelupa sila makan kismis.

Assalamualaikum.

Entri ini insyallah seringkas mungkin. Ida rasa mahu marah sama diri ini kenapalah pelupa ya amat dan membawa kesusahan dan ketidak senangan hati ini. Akibatnya mula lah nak menangis bagai dan mengamuk tak tentu hala. Kerana sudah berangan-angan berada di Pizza Hut bersama Family tersayang malam ini.

Oleh kerana hati terlampau gembira nak keluarkan duit gaji untuk beli barang sikit dan belanja family. Mungkin sebab terlampau gembira dan tak fokus itu yang menyebabkan kad di sekat. Sedih sungguh hari ini oleh kerana lupa kata laluan akaun RHB yang baru dibuat setelah bekerja di Guardian. Dan memasukkan kata laluan yang salah sebanyak tiga kali menyebabkan kad tersebut telah disekat serta-merta.

Oleh itu dengan muktamadnya RHB tidak bagi saya keluarkan satu sen pun. Jadi rancangan nak pergi makan bersama family hancur berkecai..Menangis terus rasa tak puas hati dengan diri kenapa pelupa sangat, kenapa boleh salah masukkan kata laluan sedangkan kata laluan disimpan. Bila dah memang kena sekat baru nak tengok betul-betul rupanya ada simpan.

Kejam rasa dengan diri kerana menyusahkan diri dan membuatkan diri tidak gembira langsung. Nasi sudah menjadi bubur sudah tiada gunanya untuk menyesal, cuti hari ini seperti sia-sia sahaja. Yang pasti ini salah diri sendiri, siapa suruh pelupa. jadi Siti Syahida tolong lah pergi makan kismis, kacang, tempe dan segala macam makanan yang menguatkan daya ingatan.

Assalamualaikum
Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

1 comment:

Si Matatajam said...

M tag Ida dalam GA cik fie... Jom join...