Followers

Monday, 21 May 2012

Relakan hati untuk terus bertahan dan bertahan.

Assalamualaikum.

Wah panjang nya tajuk mesti panjang coretannya kan, eh tak lah jangan risau ida tulis ringkas jew sebab mood berblogging semakin susah nak dipupuk mungkin sebab kesibukan dan jiwa yang agak diganggu oleh sesuatu.

Jangan risau ida masih waras lagi yew tak ada lah sakit mental pun. hehe  Harapan ida yelah semoga ida relakan hati ida untuk terus bertahan dan bertahan sehingga menemukan kejayaan yang dapat menyelamatkan jiwa terganggu ida itu. Amin insyallah.

Ok lah tu jew nak bagi tahu. Maaf lama tak singgah blog-blog korang.

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

Tuesday, 8 May 2012

Pelupa sila makan kismis.

Assalamualaikum.

Entri ini insyallah seringkas mungkin. Ida rasa mahu marah sama diri ini kenapalah pelupa ya amat dan membawa kesusahan dan ketidak senangan hati ini. Akibatnya mula lah nak menangis bagai dan mengamuk tak tentu hala. Kerana sudah berangan-angan berada di Pizza Hut bersama Family tersayang malam ini.

Oleh kerana hati terlampau gembira nak keluarkan duit gaji untuk beli barang sikit dan belanja family. Mungkin sebab terlampau gembira dan tak fokus itu yang menyebabkan kad di sekat. Sedih sungguh hari ini oleh kerana lupa kata laluan akaun RHB yang baru dibuat setelah bekerja di Guardian. Dan memasukkan kata laluan yang salah sebanyak tiga kali menyebabkan kad tersebut telah disekat serta-merta.

Oleh itu dengan muktamadnya RHB tidak bagi saya keluarkan satu sen pun. Jadi rancangan nak pergi makan bersama family hancur berkecai..Menangis terus rasa tak puas hati dengan diri kenapa pelupa sangat, kenapa boleh salah masukkan kata laluan sedangkan kata laluan disimpan. Bila dah memang kena sekat baru nak tengok betul-betul rupanya ada simpan.

Kejam rasa dengan diri kerana menyusahkan diri dan membuatkan diri tidak gembira langsung. Nasi sudah menjadi bubur sudah tiada gunanya untuk menyesal, cuti hari ini seperti sia-sia sahaja. Yang pasti ini salah diri sendiri, siapa suruh pelupa. jadi Siti Syahida tolong lah pergi makan kismis, kacang, tempe dan segala macam makanan yang menguatkan daya ingatan.

Assalamualaikum
Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.

Thursday, 3 May 2012

Hati yang sensitif

Assalamualaikum.

Ya Allah kenapakah hati aku begitu sensitif ini, adakah aku terlalu memperbesar-besarkan benda yang tersangat kecil halnya. Aku telah, Engkau ciptakan seorang yang mudah bercakap dan mudah mesra dan suka berkawan. tapi kena hati ku yang sensitif ini tidak langsung terbuka untuk jadi seperti itu lagi.

Aku betul-betul tidak boleh suka dan tak kan suka sampai bila-bila pun dengan perkara itu. Kerana terlampau banyak ragam dan sikap yang menyakitkan hati ku yang terlampau sensitif ini. Mungkin hati sensitif ini tidak lagi mampu bertahan seperti dulu-dulu lagi.

Bila kita harus buat sesuatu yang kita tidak suka pasti hati kita akan sakit sangat kan, lagi-lagi tiada sokongan dari sesiapa pun yang memahami situasi dan hati kita. Aku betul-betul ingin pergi, aku tak boleh nak paksa dah hati aku untuk menyukainya. Hati aku yang sensitif sudah betul muktamad dengan keputusannya.

Biarlah orang nak benci aku pun dengan keputusan ku ini, aku rela daripada jiwa dan raga aku yang menanggung seksanya. Orang tidak akan mengerti kerana dia bukan berada di tempat kita.
 
Siapakah yang suka bila tiada keadilan dalam sesuatu perkara.
Siapakah yang suka bila bercakap elok-elok dibalas dengan kasar.
Siapakah yang suka bila semua benda haruslah sempurna dan tiada salah. kita manusia tak mungkin kita boleh buat semua dengan sempurna.
Siapakah yang suka kalau semua benda nak cepat tanpa mengerti situasi seseorang itu.
Siapakah yang suka kalau asyik nak cari salah orang jew.

Bila hati tak suka memang susah untuk sesuaikan diri. Hati sensitif ini jujur mengatakan yang dia benar-benar tidak suka dengan semua situasi di atas dan tak boleh lagi nak menerimanya.

Assalamualaikum, maaf entri sedih.

Nota kaki: Kita kena buat kerja yang kita suka baru jiwa tak sengsara.

Terima kasih kerana sudi baca. Silalah tinggal komen sekali.